Thursday, June 17, 2010

Dasyat!

Dasyat! Memang dasyat! Dasyat sebab dah berhabuk rupanya SyurgaHijab ni. Tebal betul habuk-habuknya. Minta maaf ya reader-reader sekalian kerana tak meng'update' blog ni selama hampir sebulan. Bukan dah tak nak update tapi masa sangat jealous dengan saya. Memang jealous sampai saya terkejar-kejar dia. Post kali ini bukan nak ada apa-apa shawl of the day ke, artikel ke, tak ada. Cuma nak meng'update' blog.

Kalau readers tahu, saya officially Asasian Pasum.Haha. Best life dekat sini! Minggu Haluan Siswa yang paling best! Walaupun macam kena dera, tapi bila dah berakhir, pengalaman yang pahit itu sebenarnya pengalaman manis yang tersembunyi. Macam makan gula-gula yang ada isi di dalam. Kena hisap pelan-pelan baru dapat rasa coklat manis dan berkrim dekat dalam. Betul tak?

Nak tahu apa yang kitorang buat masa MHS? Macam-macam... Mula-mula ada senam pagi kul 6 suku! Bayangkan, subuh pun baru nak masuk dah ada aktiviti. Lepas senam tu pp-pp (pembantu pelajar) akan ajar tarian dan subs (cheers), Contohnya tarian kitaorang kena buat tarian xi shua-shua (tarian basuh pinggan),Ayumi dan macam-macam lagi la. Yang paling syok tarian Xi Shua Shua. Ummah..


 Ini lagu Xi shua shua. Mula-mula dengar macam lagu siam tapi rupanya bahasa cina.

Kalau readers nak tengok tarian yang kami belajar, klik sini. Ini video budak asasian pasum yang agaknya addicted dengan tarian ni. Haha.

My favourite sub pulak ialah sub jong-jong inai. Ewah ewah eh! Ewah ewah eh..









Malam yang paling best masa MHS pulak ialah malam terakhir . Rugi betul sapa yang tak join memandangkan PP kata aktiviti ini bagi budak-budak yang masih interested untuk join je, Bayangkan,hari tu first time in my life tak tidur selama satu hari! Aktiviti mula pukul 2 pagi sampai 5 pagi. Dasyat kan? Tapi best sangat! Kami kena berkumpul ikut sel (kumpulan). Lepas tu seorang kena jadi buta, seorang kena pegang lilin. Lepas tu, mula la aktiviti ala-ala amazing race. Masa tengah race,PP-PP siap simbah air,tiup and baling tepung dekat asasian. Syok!

Dan..Pengalaman yang tak boleh dilupa ialah kena denda sebab lewat. Bayangkan duduk dekat tingkat 9 kena turun tangga sebab lif penuh setiap kali lalu tingkat 9! Sampaikan satu lif rosak sebab dalam lif macam tin sardin bila aktiviti nak mula. Nasib baik tak kena buat tarian payung kat depan. Xp

Habis MHS,mula lah kehidupan sebenar asasian PASUM. Minggu kedua dan ketiga ok lagi. Tapi bila dah start minggu keempat, life yang lagi sebenar dari sebenar bermula. Minggu ni lah start tutorial . Minggu ni jugak lah start kelas amali.

Tapi the main point is life kat sini mencabar. Bukan honeymoon period. Tapi lagi mencabar dari life budak spm. Bagi yang nak ambil jurusan yang berkenaan dengan kesihatan macam saya ini, memang kena work hard plus smart! 4.0 kena dalam tangan! InsyaAllah.

Bagi asasian pasum ataupun PP-PP yang tengah baca ini, saya akhiri post ni dengan cheer asasian Pasum.

Asasian...........Here we go Aumm!!! (Garang macam harimau ye! Bukan macam anak kucing)

Auw-Auw! (Bak kata PP Nadia)

Asasian.........sempoi!

Jom buat tarian Xi Shua-Shua!

5 comments:

SchweetSchawl said...

Enjoy your study life dik :)

kish said...

hi Di...

sorry, nk tny.. cmne klau nk msuk kan blog dlm bloglist kt bwh tuh ek...

Tq.

jezzabelliqa said...

teringat my asasian time .. best gile.. enjoy ur student life sis.. asasian rulez ;)

Imaan said...

Wow, my super junior rupanya. As far as I remember, Asasi is the BEST year ever sepanjang waktu belajar dulu. Enjoy it while you can, and it's definitely worth the struggle walaupun stress macam nak mati :-)

BBS said...

ahah. xtau cmne bole trjumpe blog nih. igt kte lg x? pp hanim. hee. so sweeett buat review pasal MHS. :DD

Post a Comment

I ♥ Comments

Related Posts with Thumbnails