Hari ini saya nak buat post khas untuk kawan-kawan kita yang bakal nak ke asasi tak lama lagi. Matrik dah pun berlepas Isnin lepas. Tak sempat nak buat post mase tu disebabkan masalah internet. Tapi untuk yang ke asasi tak lama lagi, bagaimanakah persiapan anda untuk tinggal disana selama setahun atau ada yang dua tahun? Tak tahu apa yang nak d'pack'? Kalau tak tahu, jom baca.
Toiletries
Ini adalah barang-barang basic yang nak kena bawa. Tak kan nak pinjam kawan kan?
- Tuala. Bawa la dua atau 3 helai.
- Kain batik.
- Sikat rambut.
- Deodorant. Jangan lupa bawa!
- Cermin kecil.
- Pengepit kuku
- Razor
- Shampoo
- Shower basket. Ini adalah untuk kesenangan bila nak bawa barang-barang untuk ke tandas nanti.
- Flip flop. Tak kan nak guna kasut kuliah untuk masuk tandas.(flip flop mop kat bawah ni pun best gak)

- Berus gigi dan ubat gigi
Katil
- Cadar. 2 helai InsyaAllah cukup.
- Selimut.
- Bantal.
Pakaian
- Baju kurung . 10 helai InsyaAllah mencukupi.
- Baju kurung cantik. Sehelai. Mana tahu ada majlis istimewa.
- Baju tidur atau pajamas.
- Seluar sukan.
- Baju sukan
- Stokin
- Baju biasa untuk pakai dalam bilik.
- Baju untuk jalan-jalan. Nak keluar shopping barang-barang kena ada baju kan? Tapi nak pakai baju kurung pun tak ada masalah.
- Kasut kuliah. Kalau di matrik, kena pakai kasut bertutup,pvc dan warna hitam. Kalau di Pasum pulak,kebebasan terletak di kaki anda. Jangan pakai selipar jepun sudah. Tapi lelaki diwajibkan bertutup. (Sebaik-baiknya pakailah kasut bertutup. Menutup aurat dan beradab bila ada masjlis Ilmu)
- Sandal biasa.
- Kasut sukan.
- Tudung. Lagi banyak warna lagi baik.
Senjata
Senjata ini penting! Kalau tak ada senjata macam mana nak berperangkan? Bukan pistol atau senapang tapi peralatan untuk study aka senjata pelajar.
- Bag.
- Kalkulator
- Kalendar
- Pemadam
- Folders
- Notepaper
- Highlighters
- Gam
- Paper clips
- Pen and pencils
- Gunting
- Stapler
Miscellaneous
- Camera
- Payung. Melindungi diri dari hujan dan panas terik.
- Botol air
Laundry
- Hangers
- Sabun baju
- Iron
Dah tahu apa nak dibawa? Jom shopping!






















5 comments:
i like it jom shopping
jom..
thanks 4 dis list kak. sy nak masuk uitm xlame lg. hehe.
kak..sya nak masuk um ahad ni gak...ahaha..sy muda lagi. XDd
err..kat matrik blh pakai jeans ke g kuliah??? kne pakai ape eh? ish...=.=''
Post a Comment
I ♥ Comments